Didapati trend pasaran sub-sale kini mengalami keadaan di mana penjual (pemilik) terpaksa menjual hartanah mereka di bawah harga pasaran semasa. Ini bukan bermaksud nilai hartanah telah jatuh, tetapi ia lebih kepada permintaan pasaran yang semakin merosot (kekurangan pembeli yang berkelayakan). Selain itu, sebab lain yang juga agak mengganggu pasaran sub-sale adalah penjualan projek hartanah baru di kawasan sekitar yang masih mengekalkan harga seperti beberapa tahun lalu dengan pelbagai insentif dan rebat. Sebagai contoh (kes sebenar), ada pemaju yang menjual hartanah berharga RM800K di mana pembeli hanya perlu membayar sekitar RM28K tunai. Setelah dikembalikan semula rebat tambahan, pembeli sebenarnya hanya membayar tunai sebanyak RM2K sahaja. Lain pula hal jika pembeli membeli daripada pasaran sub-sale. Untuk harga yang sama pembeli perlu ada sekitar RM100K tunai. Yang lebih mengganggu lagi bagi sesetengah projek pemaju tertentu, hartanah baru ini mempunyai...
Selamat datang ke ruang saya berkongsi pengalaman dalam kejuruteraan, hartanah, pembiayaan LPPSA, takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Saya boleh dihubungi melalui 012 - 438 3769 / 017 - 6017 699