Ini adalah senario semasa yang berlaku sejak setahun yang lalu. Pengenalan kos sara hidup dalam pengiraan Debt Service Ratio sebagai perbelanjaan tetap bulanan. Ia memang adalah refleksi sebenar kehidupan setiap orang. Pasti daripada sejumlah wang dibawa pulang (Net Disposable Income) akan ada bahagian untuk perbelanjaan sara hidup. Perbelanjaan sara hidup boleh dijimatkan tetapi tidak mungkin sangat signifikan penjimatannya. Oleh yang demikian meletakkan kos sara hidup sebagai salah satu penolakan daripada pendapatan adalah tepat. Cuma apabila syarat ini diperkenalkan maka semakin sukar bagi pembeli mendapat kelulusan pinjaman. Kos sara hidup yang digunakan oleh bank berbeza di antara satu sama lain namun ia adalah dala julat RM1,000 hingga RM1,600 sebulan. Kita guna contoh seseorang yang bergaji bersih sebanyak RM3,000. (setelah tolak KWSP, PERKESO & Potongan Cukai Berjadual). Katakan dia telah mempunyai pinjaman sedia ada untuk sebuah kereta dengan bay...
Selamat datang ke Engineer. Consultant. Storyteller. — ruang saya berkongsi pengalaman lebih 20 tahun dalam kejuruteraan, pengurusan projek, perundingan, bisnes dan kehidupan. Blog ini hadir sebagai catatan reflektif, praktikal, dan inspirasi untuk mereka yang mahu memahami bagaimana dunia projek membentuk strategi, kepimpinan dan realiti seharian.