Adakah rumah akan jadi murah apabila kerajaan tidak mengenakan SST kepada bahan mentah utama. . TIDAK SEMESTINYA. . Ada beberapa perkara untuk difahami. . 1. Penetapan harga rumah baru bukan berdasarkan kos tetapi berdasarkan harga rumah subsale kejiranan berkenaan. . Maksudnya kalau boleh jual murah pun, pemaju tidak akan jual murah sebab harga subsale di kejiranan berkenaan mahal dan diterima oleh pembeli (ada demand). . 2. Hanya segelintir pemaju untuk kawasan tertentu mungkin akan memberi diskaun harga untuk mempercepatkan jualan. Ini bergantung kepada strategi syarikat pemaju. . 3. Bukan cukai GST sebelum ini sahaja menyebabkan kos pembinaan naik, tetapi penyumbang utama adalah harga minyak yang berubah setiap minggu yang menyebabkan elemen risiko yang dimasukkan dalam harga bahan mentah menyebabkan semuanya naik. . Ketidaktentuan harga minyak sangat berbahaya berbanding GST kerana kos pengangkutan dimasukkan dalam harga bahan mentah. Menstabilkan h...
Selamat datang ke ruang saya berkongsi pengalaman dalam kejuruteraan, hartanah, pembiayaan LPPSA, takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Saya boleh dihubungi melalui 012 - 438 3769 / 017 - 6017 699