Sabtu, 29 Disember 2018

CADANGAN KEPADA KPKT NO. 4: DANA PEMBIAYAAN UNTUK PEKERJA SWASTA





Cadangan Keempat: Dana Pembiayaan Untuk Pekerja Swasta


  1. Sejak dahulu bank tidak pernah bekerjasama untuk memberi pinjaman walaupun diarahkan oleh kerajaan mahupun Bank Negara.
  2. Bank ada pengurusan risiko mereka sendiri, maka untuk kelihatan comply dengan Bank Negara, mereka ada syarat-syarat ketat lain pula yang boleh menyebabkan pinjaman tidak diluluskan.
  3. Kerajaan mungkin boleh membuat dana seperti PTPTN untuk pekerja swasta meminjam di mana syarat pinjaman lebih mudah dengan faedah yang rendah untuk pembeli rumah pertama.

Sabtu, 22 Disember 2018

CADANGAN KEPADA KPKT NO. 3: JANGAN PERCAYA REHDA




Cadangan Ketiga: Jangan Percaya REHDA

REHDA adalah persatuan untuk pemaju. Mereka pastilah menjaga kepentingan pemaju. Harga rumah bukan naik semata-mata kerana kos pekerja dan kos bahan mentah. 


Kebanyakan keadaan kenaikan adalah disebabkan permintaan (demand) dalam pasaran. Harga rumah baru ditentukan oleh harga jiran subsale mereka.

Sabtu, 15 Disember 2018

CADANGAN KEPADA KPKT NO. 2: TERLALU BANYAK AGENSI YANG MEMBINA RUMAH MAMPU MILIK, BAIK DISATUKAN


Cadangan Kedua: Masalah Terlalu Banyak Agensi Yang Membina Rumah Mampu Milik, Baik Disatukan
.
  1. Tiada satu standard yang dikongsi bersama oleh SPNB, PR1MA, RUMAWIP dan Rumah Selangorku misalnya dalam mentakrif rumah mampu milik.
  2. RUMAWIP lebih dilihat membuat kajian dalam mentakrifkan rumah mampu milik. Mereka kenal penduduk mereka.
  3. Kesemuanya  patut diletak di bawah 1 entiti iaitu di bawah PR1MA kerana mereka sudah ada AKTA PR1MA yang perlu ditambahbaik.

Sabtu, 8 Disember 2018

CADANGAN KEPADA KPKT NO. 1: SELESAIKAN MASALAH PROJEK TERBENGKALAI


Cadangan Pertama: Masalah Projek Terbengkalai


  1. Mewujudkan undang-undang di mana bagi projek yang telah terbengkalai setelah melebihi tempoh 3 tahun, tanahnya akan dirampas oleh kerajaan tanpa pampasan. Projek ini akan samada dipulihkan atau dibangunkan semula oleh kerajaan.
  2. Mengklasifikasikan projek sebagai terbengkalai bukanlah menjadi simbol kegagalan Jabatan di KPKT tetapi ia adalah simbol penguatkuasaan. Terdapat banyak projek yang pada fizikalnya adalah terbengkalai tetapi hanya diberi taraf sakit kerana pegawai takut menjejaskan KPI mereka. Tanpa status terbengkalai, pembeli tidak dapat mengusahakan pemulihan projek bersama pemaju penyelamat dengan bantuan kerajaan Negeri dan KPKT.
  3. Pemaju-pemaju perlu digredkan supaya ia menjadi galakan kepada mereka untuk memberi kualiti yang baik.