Biasa tengok rumah berbumbung flat roof di bahagian car porch? Ada yang kata senang leaking. Ada yang pergi renovate jadikan bilik. Kalau ada flat roof ini dan anda ingin renovate jadi bilik, maka minta Engineer kirakan loading, sebab ditakuti design asal tak mampu tanggung beban dan perlu diperkuatkan dahulu. Design asal untuk tanggung air hujan sahaja. Anda pula pergi letaklah almari, katil king, bath tub, pasu bunga gergasi. Itu belum kira loading daripada bumbung baru dan tiang baru. Kalau macam itu tunggu masa sahaja nak jadi crack. Tapi kalau anda biarkan tak buat apa-apa dan anda tak nak leaking, rajin-rajin panjat ke atas (dengan tangga) dan bersihkan (sapu) slab itu. Kadang-kala habuk, pasir, debu, sampah banyak menyebabkan air hujan lambat lepas menyebabkan ia mencari jalan keluar melalui slab. Maintenance kena buat.
Selamat datang ke ruang saya berkongsi pengalaman dalam kejuruteraan, hartanah, pembiayaan LPPSA, takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Saya boleh dihubungi melalui 012 - 438 3769 / 017 - 6017 699