Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2019

KEUTAMAAN HIDUP ADALAH CUKUP MAKAN BUKAN BELI RUMAH

Walaupun saya perunding hartanah dan saya suka jika anda beli rumah dengan saya, tetapi kadang-kala saya mahu cakap kepada anda janganlah kelam-kabut beli rumah. Pertamanya, makan kena cukup dulu dan sentiasa ada duit lebih nak beli rumah dan bayar pinjaman bank secara bulanan. Kalau duit cukup-cukup sahaja baiklah sewa dahulu. Jangan peduli momokan orang yang kata rumah akan semakin mahal. Kalau anda susun betul-betul hidup anda, masa mahal pun anda mampu beli dengan sel amba. Ada rumah kalau kita buat hutang bank kena bayar RM3,500 sebulan tapi kalau kita nak tinggal situ sewanya baru RM1,200 sebulan. Rumah yang sama, kalau nak beli mungkin kena ada dalam RM80,000 (deposit, peguam, duti setem) walhal kalau sewa baru kena ada RM4,200. Nak lagi best kalau yang baru kawin, tak nak banyak belanja beli perabotlah, renovationlah, sewa sahaja rumah fully furnished, mungkin sewa baru RM1,800 - RM2,000 sebulan (mahal beberapa ratus daripada sewa rumah kosong). Yang penting...

HARGA RUMAH TIDAK AKAN MENGULANG KENAIKAN MENDADAK 2012 - 2015

Ini adalah pendapat peribadi saya sesuai dengan pengalaman saya dalam bidang hartanah, pembinaan dan juga kewangan. Saya tidak jangka akan berlaku sekali  lagi gelombang kenaikan harga rumah yang mendadak seperti sekitar 2012 ke 2015 yang lalu. Sebelum anda membangkang atau meninggalkan bacaan sebaiknya faham dahulu kenapa saya berpendapat sedemikian.  Pada sekitar 2001 apabila saya membeli rumah, faedah bank setinggi 7.5% dikenakan kepada saya. Ketika itu gaji saya masih sekitar RM2,000 dan saya menggunakan dua nama (gaji bekas isteri, juga RM2,000) untuk membeli rumah berharga sekitar RM120,000 di mana deposit 10% dibayar melalui KWSP. Itupun bayaran bulanan telah jejak RM750 sebulan. Untuk ketika ini, faedah bank adalah sekitar 4.5%, iaitu turun 3% berbanding pada tahun 2001. Apabila faedah bank semakin rendah dan gaji masih lebih kurang sama, seseorang itu mungkin boleh membeli rumah yang berharga mahal sedikit berbanding pada 2001. Tetapi harga rumah sekarang...