Sabtu, 23 Mei 2015

PEMBELI PERLU TAKUT PENJUAL BATAL PERJANJIAN JUAL BELI

  
Apa yang anda perlu takuti dalam S&P apabila anda membeli rumah sub-sale?

Jangan takut dengan penalti (denda lewat).

Anda patut takut jika penjual boleh membatalkan S&P tanpa perlu membayar balik 10% bayaran yang anda telah buat.

Kenapa penjual boleh buat begitu?

Sebab anda telah lewat membayar baki 90% bayaran seperti masa dijanjikan.

Pernahkah ada kes penjual buat begitu? Pernah. 


Anda kata bank anda yang lambat bayar? Anda kata lawyer anda yang lambat buat kerja?

Dalam Perjanjian Jual Beli (S&P), ia adalah perjanjian di antara penjual dan pembeli. Hanya dua pihak ini sahaja yang 'dikenali' dalam perjanjian.

Tiada disebut berkenaan lawyer penjual, bank penjual, lawyer pembeli, bank pembeli dan pihak-pihak lain.

Jadi perlulah difahami jikalau lawyer penjual dan banker penjual lewat dalam urusan maka ia adalah 'salah' penjual dan begitu juga jikalau lawyer pembeli dan bank pembeli lewat maka ia adalah 'salah' pembeli.

Oleh yang demikian, jangan ambil ringan berkenaan kelewatan lawyer dan bank anda, kerana yang kena membayar ganti rugi (masa atau wang) adalah penjual atau pembeli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan