Sabtu, 18 Jun 2016

KEADAAN DI MANA JANGAN BELI UNIT STRATA PALING BESAR




Katakan ada satu pembangunan apartmen (strata). Pemaju mengemukakan banyak pilihan saiz.
Andaikan ada 4 saiz di mana saiz sebesar 700 kps, 800 kps, 900 kps dan 1,200 kps. Biasanya unit paling banyak adalah unit bersaiz kecil dan yang paling sedikit adalah unit bersaiz besar.
BELI YANG PALING BESAR ANDA SUKAR HENDAK JUAL DI PASARAN SUBSALE
Dikatakan tadi unit paling besar adalah terhad. Apabila memasuki pasaran sub-sale ia sangat sukar dijual pada harga pasaran.
Pasti anda tertanya mengapa.
Ia ada kena-mengena dengan teori orang Kaya tidak mahu tinggal dekat dengan orang Miskin. Harga unit yang besar adalah sangat tinggi (kerana keluasannya). Ramai tidak mampu beli. Ramai juga yang mampu tetapi tidak suka untuk tinggal dalam persekitaran berkenaan.
ADA PILIHAN LAIN
Di sini anda ada 2 pilihan. Pertama, beli unit yang kecil atau pilihan kedua cari pembangunan kondominium (keluasan minima unit adalah 1,000 kps) bukannya apartmen berkemudahan kondo. Ini nasihat jika anda sangat ambil berat akan harga boleh jual di pasaran sub-sale.
Nota:Ini tidak semesti selalunya benar tetapi boleh dijadikan panduan bagi kebanyakan kes.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan