Sabtu, 7 Oktober 2017

TERKINI LPPSA 01 OKTOBER 2017

Mulai 01 Oktober 2017, akan semakin sukar penjawat awam mendapatkan pinjaman maksima dengan LPPSA.

Tindakan ini wajar kerana hutang isi rumah penjawat awam agak tinggi jika tidak dikawal. Ia boleh menggalakkan tindakan pecah amanah jika dibiarkan.

Namun dilema lain pula melanda. Jika sebelum ini pekerja swasta semakin sukar mendapatkan pinjaman bank, tetapi penjawat awam mampu meminjam maksima dengan LPPSA.

Selepas 01 Oktober 2017, bilangan pembeli yang mampu lulus pinjaman akan jadi berkurangan daripada sekarang. Pihak penjual akan menghadapi cabaran menjual hartanah mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan