Sabtu, 19 Oktober 2019

TOO BIG TO FAIL


Terjemahan bahasa Malaysia adalah TERLALU BESAR UNTUK DIBIARKAN GAGAL.
.
Itu yang berlaku apabila kerajaan membenarkan penjualan rumah strata di bandar besar pada harga tidak kurang RM600K kepada warga asing.
.
Kebanyakan kita berpendapat kerajaan sepatutnya biarkan sahaja pemaju-pemaju ini dihukum kerana membina rumah mampu tengok. Itu kita panggil biarkan aturan alam mengambil tindakannya sendiri. Prinsip pasaran bebas.
.
Tetapi seperti yang berlaku di mana-mana sahaja di dunia termasuk di negara maju seperti Amerika Syarikat, bail-out tetap dilakukan oleh kerajaan kerana faktor TOO BIG TO FAIL.
.
Syarikat besar ini jika dibiarkan gagal akan menyebabkan risiko sistemik yang akan menyusahkan lebih ramai orang dan boleh menjatuhkan kerajaan.
.
Kerajaan lebih rela diumpat sebagai bailout kapitalis, kroni dan proksi kerana itu impak minima berbanding melihat kejatuhan ekonomi yang dasyat yang boleh menyebabkan huru-hara dan kacau-bilau.
.
Di sebalik itu juga, kerajaan menjadikan ia satu tindakan serampang dua mata di mana kecairan daripada jualan ini akan membantu merancakkan kembali kegiatan ekonomi di mana pembangunan dan pembinaan adalah sektor yang menjadi multiplying effect kepada lebih 100 subsektor lainnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan