Sabtu, 27 Julai 2013

MAKLUMAT UNTUK MENDAPATKAN MARKET VALUE


Apabila anda ingin menjual dan membeli rumah, anda boleh mengetahui harga pasaran semasa melalui bank. Untuk mendapat nilai yang tepat bank perlukan maklumat berikut:

Untuk landed property (rumah atas tanah): 


  1. Alamat lengkap (dengan poskod)
  2. Jenis rumah (nyatakan dengan tepat)
  3. Bilangan bilik tidur & bilik air
  4. Keluasan tanah (rujuk geran atau S&P)
  5. Keluasan binaan (jika diketahui)
  6. Jenis pegangan (kekal atau pajakan)
  7. Senarai ubahsuai yang dibuat sebagai contoh kabinet dapur, dapur dibesarkan sehingga longkang belakang

Untuk non-landed property (rumah pangsa, apartment, condo): 



  1. Alamat lengkap (dengan poskod)
  2. Jenis rumah (nyatakan dengan tepat)
  3. Bilangan bilik tidur & bilik air
  4. Keluasan tanah (rujuk geran atau S&P)
  5. Keluasan binaan (rujuk geran strata atau S&P)
  6. Jenis pegangan (kekal atau pajakan)
  7. Senarai ubahsuai yang dibuat sebagai contoh kabinet dapur
  8. Jumlah tempat letak kereta (berbumbung atau tidak)
  9. Senarai kemudahan dalam kawasan: club house, swimming pool, gym dan lain-lain.
Nota: Jika anda memberi maklumat yang salah maka market value yang diberi oleh bank juga salah dan akan menyusahkan di kemudian hari (apabila pembeli memohon pinjaman bank)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan