Sabtu, 13 Julai 2013

BANYAKNYA BANNER

Biasa lihat ada banyak banner melekat di satu-satu premis hartanah?

Kadang-kala bukan saja disebabkan oleh pemilik yang guna banyak ejen tapi ada juga ejen (selalunya perunding hartanah) yang tidak bertanggungjawab menaikkan banner tanpa izin pemilik malah tidak kenal pun pemilik.
Bila satu REN dah naikkan banner EXCLUSIVE, mereka pula naikkan banner bersebelahan.



Sudahlah begitu, mereka tidak kenal owner. Jika kenal pun mereka tidak dapat authorization to sell daripada owner.

Kemudian bila potential buyer call, mereka akan buka harga yang 'merepek' selalunya rendah daripada harga owner mahukan.
Dan jika buyer tersebut memang berminat dan bersungguh, mereka akan cari nama dan contact no owner daripada staff pemaju, jiran-jiran dan maintenance team. 
Kemudian mereka mula mengayat 'saya ada serious buyer, this is the best offer, bla bla bla'. Owner yang distress akan sangka REN yang mereka lantik tidak buat kerja. Malah owner akan rasa bertambah stress ditekan oleh REN yang tidak beretika ini.

 Jika anda adalah owner berkenaan. Ada 4 perkara anda boleh buat:

1) Buang semua banner REN yang bukan exclusive tadi dan biarkan satu banner exclusive anda sahaja di situ.

2) Katakan pada REN itu untuk liaise dengan REN exclusive anda dan anda tidak mahu dengar apa-apa daripada mereka selain daripada REN exclusive anda.

3) Telefon principal syarikat REN tersebut dan complaint tentang tindakan REN mereka. Selalunya principal takut dan akan suruh REN mereka perbetulkan keadaan.

4) Kalau principal pun degil, ugut untuk complaint ke Board of Valuers, Appraisers and Estate Agents Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan