Sabtu, 9 November 2013

KENA SABOTAJ DENGAN PENYEWA



Bagi ejen dan perunding hartanah, rumah yang hendak dijual tetapi ada penyewa yang tinggal di situ adalah antara rumah yang susah hendak dijual.Kesusahannya bermula seawal hari pertama lagi.
  1. Pertama kena periksa tenancy agreement, apakah exit penalty kepada tuan rumah jika ada.
  2. Kalau tenancy masih baru beberapa bulan, pasti tenant sangat bengang.
  3. Pertemuan pertama di antara tuan rumah, penyewa dan ejen / perunding hartanah secara serentak di rumah berkenaan selalunya sukar ditetapkan, maklumlah ada tiga pihak terlibat.
  4. Penyewa mungkin sekali tidak setuju banner diletakkan di luar rumah kerana ia akan mengganggu privacy mereka bila orang datang menggoncang pagar untuk mendapatkan no telefon tuan rumah (walaupun no ejen / perunding bukan main besar).
  5. Appointment untuk buat viewing biasanya akan disabotaj oleh penyewa. Macam-macam alasan diberi apabila ejen / perunding memberi tarikh dan masa dengan notis awal. Alasan biasa: balik kampung, ada kenduri, pergi bercuti.
  6. Kadang-kala, penyewa sengaja biarkan rumah dalam keadaan bersepah macam kapal karam. Langsung tiada suasana yang mesra pelawat / pembeli.
Kesimpulan:

Penyewa tidak akan suka keluar dari rumah sewaan lebih awal daripada perjanjian. Sangat mahal belanjanya dan masa yang terbuang. Maka, amat difahami mengapa mereka kurang bekerjasama.

Oleh yang demikian, jika anda adalah tuan rumah berkenaan, sila faham kesusahan yang akan dihadapi ejen / perunding hartanah. Itu sebabnya ada tuan rumah yang sanggup dengan terpaksa bayar gantirugi kepada penyewa untuk keluar jadi rumah senang dijual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan