Diketahui bahawa jika membeli rumah dari pasaran sub-sale melalui ejen hartanah berdaftar anda perlu ada 10% wang tunai daripada harga pembelian. Ini kerana pinjaman yang biasa bank berikan hanyalah setinggi 90% sahaja. Jika anda ada cukup wang dalam akaun 2 KWSP, anda boleh cuba mencadangkan kaedah ini di mana anda hanya membayar 5% sahaja dahulu dan selebihnya melalui pengeluaran KWSP. Berikut adalah langkah yang perlu dibuat: Bayar 3.18% untuk booking Bayar 1.82% semasa sign S&P (cukup untuk penjual bayar legal fees S&P dan liquidator jika pemaju dah bankrupt) 5% dibayar dengan pengeluaran KWSP. Sila kemukan statement KWSP terkini kepada ejen hartanah untuk mereka sahkan jumlah dalam akaun 2 KWSP anda mencukupi sebelum sign Letter Offer to Purchase. Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat selepas mendapat consent (jika perlu consent). Baki 90% bayar macam terma biasa LOP. Nota: Kaedah ini perlu persetujuan penjual.
Selamat datang ke ruang saya berkongsi pengalaman dalam kejuruteraan, hartanah, pembiayaan LPPSA, takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Saya boleh dihubungi melalui 012 - 438 3769 / 017 - 6017 699