Sabtu, 1 Februari 2014

IDEA EJEN BELI RUMAH


i. Beli rumah untuk tinggal?

  • Saya beli untuk sewakan dan saya pun hidup menyewa. 
  • Saya hanya akan beli untuk tinggal bila mahu settle down.

ii. Beli rumah murah/low cost?

  • Saya beli dalam lingkungan RM150K -RM300K per unit. Bila valuenya naik nanti mudah untuk dispose dalam sub-sale market.
  • Rumah murah/low cost jika disewakan, tenant pun mental murahan.
  • Lambat sangat nak kaya. Setakat selesa saja.

iii. Buat sublet/sewa kepala?

  • Saya tidak mahu pening kepala jaga tenant.
  • Undang-undang Malaysia, pro-tenant. Ramai tenant tidak tahu bahawa mereka boleh bawa ke mahkamah jika dikacauganggu oleh landlord walaupun tenant yang cari pasal dulu. Tenant yang jahat biasanya tahu.

iv. Beli dengan pemaju?

  • Sebelum beli dengan pemaju, mula dengan sub-sale atau lelong. Rumah dah wujud. Terus generate income.
  • Beli dengan pemaju bila dah cukup rumah sub-sale dalam koleksi.

v. Beli sekarang, nanti harga naik?

  • Kalau kena strategi, saya boleh beli bila-bila saja saya mahu. Setiap masalah adalah peluang. Setiap hari adalah hari terbaik untuk membeli.
  • Akan ramai distress seller, sediakan cash banyak-banyak dan minta kurang banyak-banyak. Lelong pun banyak.
  • Tunggu pun bagus, sebab orang kaya orang yang sabar. Tapi make sure tahu target.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan