Sabtu, 22 Februari 2014

BELI RUMAH DARIPADA EJEN DENGAN DEPOSIT SERENDAH 5%


Diketahui bahawa jika membeli rumah dari pasaran sub-sale melalui ejen hartanah berdaftar anda perlu ada 10% wang tunai daripada harga pembelian. Ini kerana pinjaman yang biasa bank berikan hanyalah setinggi 90% sahaja.

Jika anda ada cukup wang dalam akaun 2 KWSP, anda boleh cuba mencadangkan kaedah ini di mana anda hanya membayar 5% sahaja dahulu dan selebihnya melalui pengeluaran KWSP.

Berikut adalah langkah yang perlu dibuat:

  1. Bayar 3.18% untuk booking
  2. Bayar 1.82% semasa sign S&P (cukup untuk penjual bayar legal fees S&P dan liquidator jika pemaju dah bankrupt)
  3. 5% dibayar dengan pengeluaran KWSP. Sila kemukan statement KWSP terkini kepada ejen hartanah untuk mereka sahkan jumlah dalam akaun 2 KWSP anda mencukupi sebelum sign Letter Offer to Purchase.
  4. Pengeluaran KWSP hanya boleh dibuat selepas mendapat consent (jika perlu consent).
  5. Baki 90% bayar macam terma biasa LOP.

Nota:

Kaedah ini perlu persetujuan penjual.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan