- Periksa rekod CCRIS anda di bank negara. Kalau rekod anda selama 12 bulan lepas semuanya adalah 0,0,0,0,0,0,0,0,0,0,0,0 anda OK. Kalau ada 1 di sana-sini pun masih OK tetapi mungkin interest akan datang lebih tinggi. Kalau ada 2, 3 dan lebih, bye bye lah.
- Periksa rekod di CTOS. Bank Negara tidak mengakui keperluan untuk bank memeriksa rekod CTOS. Tetapi banyak bank, dalam diam masih merujuk CTOS.
- Anda tidak muflis.
- Anda tidak menjadi guarantor kepada sesiapa. Jika ada, sila check adakah mereka ini membayar mengikut jadual.
- Kira debt service ratio (DSR) anda. Kalau mengizinkan, boleh lah lulus loan dan beli rumah dalam budget anda semasa kira DSR tadi. Kalau tidak tahu kira, rujuk bahagian pinjaman perumahan bank untuk bantuan.
Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1: Tidak bolehkah minta terus dengan valuer? Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...
Ulasan
Catat Ulasan