Sabtu, 7 Mac 2015

BELI BANYAK RUMAH DI LOKASI BERBEZA


Kadang-kala anda mungkin mendapat peluang yang anda anggap terbaik untuk membeli rumah sebagai pelaburan.

Berdasarkan kemampuan semasa, anda juga berasa yang anda boleh membeli 2 - 3 unit di pembangunan/projek yang sama.

Anda bercadang untuk flip dalam masa yang singkat kerana anda percaya anda telah beli dengan harga terlalu murah dan akan sangat mudah untuk anda menjual kembali.

Tiada salahnya berfikiran positif begitu. Lagi pula anda telah buat kajian pasaran.

Namun begitu ada satu faktor yang anda tidak mungkin mampu mengagak dengan tepat adalah apakah anda mampu bertahan jika apa yang anda rancang tidak menjadi?

Bagaimana jika apabila rumah-rumah itu siap anda tidak dapat menjual dengan keuntungan. Mungkin anda perlu menunggu beberapa tahun ke hadapan. Adakah anda mempunyai holding power yang cukup kuat?

Lain pula jika 2 - 3 unit yang anda beli adalah di lokasi berbeza atau projek berbeza. Pasti ada kebarangkalian yang lebih tinggi untuk salah satu nya terjual dengan keuntungan jikalau pun bukan semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan