Sabtu, 28 Mac 2015

CAJ LIQUIDATOR



Apabila menjual rumah yang dalam keadaan biasa di mana pemaju asal masih wujud, penjual hanya boleh dikenakan caj RM50 sahaja untuk mendapatkan Developer's Confirmation. Ini kadang-kala dipanggil sebagai admin charges.

Namun apabila projek yang terbengkalai disiapkan oleh liquidator bersama pemaju baru, maka liquidator boleh mengenakan caj untuk tujuan yang sama di antara 1% - 2% daripada harga jualan.

Tiada peraturan yang mengawal kadar caj ini dan ia perlu ditanggung oleh penjual.

Oleh yang demikian, apabila anda adalah penjual dan terlibat dengan liquidator, sebaiknya anda bersedia untuk kos ini. Jarang sekali mereka melayan sebarang rayuan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan