Sabtu, 4 April 2015

AYAT-AYAT PEMBELI BARU BALIK KELAS HARTANAH





1. Ayat mendesak pembuka: "Ada unit lain jual lebih murah daripada unit ini". Jawapan yang sesuai: "Apasal encik tak beli unit itu kalau dah tahu murah?"

2. Ayat mengutuk: "Banyak rosaklah rumah ini. Banyak saya nak kena renovate nanti. Duit lagi". Jawapan yang sesuai: "Encik letak sahaja harga yang encik nak, kalau OK kita terima".

3. Ayat hendak direct deal dengan tuan rumah (sailang ejen): "Encik ini tuan rumah ke? Boleh ke kurang lagi encik?". Jawapan yang sesuai: "Rundinglah dengan ejen, semuanya ejen akan uruskan".

4. Ayat nak mark-up: "Saya nak mark-up loan, duit extra tu saya nak buat renovation sikit. Kalau boleh zero down deal lagi baik". Jawapan yang sesuai: "Jika beli melalui ejen encik tetap perlu ada 3% untuk booking walaupun encik boleh loan 100%. Pasal mark-up tu... (ada skripnya)".

5. Ayat mendesak penutup: "Kalau dapat harga yang saya nak tu (biasanya teramat rendah), saya boleh bagi cheque segera (sekarang). Jawapan yang sesuai: "InshaAllah, saya inform owner dahulu, kalau dia terima sahaja baru encik keluar cheque".

Kadang-kala ayat tambahan mereka, "lawyer saya kata begini, banker saya kata begitu, penasihat 25% saya kata begini". Skrip ini dan cara penyampaiannya boleh membuatkan kita tahu mereka baru balik kelas semalam. Mereka pun tak faham apa cikgu ajar. 😬

Tiada ulasan:

Catat Ulasan