Sabtu, 25 April 2015

UNTUNG BERJUAL-BELI





Selalu menjadi sukar dalam perundingan apabila menilai untung dan rugi penjual mahupun pembeli.

Ia menjadi lebih sukar apabila takrifan untung dan rugi adalah berdasarkan RM semata-mata.

Lagilah beratus kali ganda susah apabila kedua belah pihak atau mana-mana satu pihak suka melihat semua perkara sebagai kerugian dirinya.

Akhirnya kerana 'frustration' maka 'no deal'. Dua-dua mungkin 'rugi'.

UNTUNG SI PENJUAL


1. Ada juga yang berminat hendak beli. Rumah orang lain satu 'call' bertanya harga pun tiada.

2. Walau harga yang diminta pembeli rendah daripada yang diingini, tetapi dulu beli pun dengan harga yang tersangatlah rendah. Sikit lebih kurang kira pun masih banyak untung.

3. Dapat pula rumah pusaka. Satu sen duit tidak keluar. Cuma malas hendak jaga. Ada orang beli sudah selesai masalah.

UNTUNG SI PEMBELI

1. Ada juga rumah dalam bajet yang boleh dibeli.

2. Walau harga diminta penjual itu tidak semurah yang diminta pembeli, tetapi penjual realistik menjual pada harga pasaran. Baik dah tu.

3. Kalaupun tidak dapat diskaun, tetapi penjual bersetuju untuk membaiki rumah sebelum kunci diberi kepada pembeli, itupun bagus asalkan direkodkan dalam S&P.

RUMUSAN

Berkira tidak salah. 'Terlalu berkira' itu yang akan 'turn-off' keinginan untuk nego di pihak satu lagi. Akhirnya pihak satu lagi (pembeli) cari rumah lain atau penjual cari pembeli lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan