Sabtu, 13 Jun 2015

HARGA IKLAN BUKAN SEMESTINYA HARGA PASARAN


Apabila anda ingin membeli rumah, anda akan mencari melalui iklan jualan di medium pengiklanan samada offline atau online.

Anda mungkin berminat kepada unit tertentu tetapi harga yang diiklankan agak tinggi daripada jangkaan.

Jangan berhenti di situ. Cuba hubungi tuan punya iklan dan tanyakan harga pasaran sebenar unit berkenaan dan bank mana yang memberi nilai begitu.

{Tanyakan juga, jika akhir nanti didapati harga pasaran sebenar adalah rendah daripada yang dikatakan tadi, bolehkah jual beli dibatalkan tanpa anda menanggung apa-apa kos (kerugian)}.

Apa sahaja harga diiklankan adalah harga yang si penjual ingini. Tetapi ia belum tentu harga pasaran. Ia boleh jadi di atas, di bawah atau pada harga pasaran.

Kebanyakan penjual meletakkan harga yang tinggi sedikit untuk memberi ruang untuk pengurangan kepada harga akhir mereka.

Namun demikian, segelintir memang meletakkan harga akhir (tiada pengurangan lagi) pada iklan.

Itu sebabnya anda perlu hubungi penjual dan jangan assume. Mana tahu anda telah melepas unit yang baik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan