Sabtu, 27 Jun 2015

PERKARA-PERKARA PENTING DALAM TENANCY AGREEMENT



1. Perjanjian di antara dua pihak iaitu Landlord dan Tenant.

2. Nama, KP, H/P dan e-mail Landlord dan Tenant, no akaun bank Landlord untuk tenant bayar sewa.

3. Alamat premis, kadar sewa bulanan, amaun security deposit (2 bulan), amaun utility deposit (1 bulan atau 1/2 bulan), sewa bulan pertama (advance), tempoh sewaan (contoh 2+1 tahun).

4. Sewa (3 tahun ke bawah). Lebih 3 tahun dikira pajakan dan patut didaftar dalam geran.

5. Tanggungjawab Landlord dan tanggungjawab Tenant.

6. Bil dalam tanggungan Landlord: cukai tanah, cukai pintu dan maintenance fee.

7. Bil dalam tanggungan Tenant: Elektrik, Air, IWK dan bil yang didaftarkan oleh Tenant, yuran security guard.

8. Exit clause: jika Landlord atau Tenant hendak keluar daripada perjanjian sebelum tamat tempoh.

9. Tandatangan Landlord dan Tenant dengan saksi.

10. Buat 2 salinan. Mati setem di LHDN. Bahagi satu copy setiap seorang.

Nota:

1. Jika Tenancy Agreement terlalu ringkas dan terdapat dispute, maka Kanun Tanah Negara akan dirujuk. Selalunya ia adalah pro-Tenant.

2. Salah satu perkara penting dalam Tenancy Agreement adalah 'quiet enjoyment' di mana Landlord tidak boleh membuat kacauganggu dan perlu memberi notis mencukupi jika ingin datang ke premis untuk apa-apa tujuan sekalipun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan