Sabtu, 4 Julai 2015

SEWA RUMAH PUN BOLEH RASA MACAM RUMAH SENDIRI


Ada orang kata kalau menyewa sampai mati tak best. Sebab tolong bayar rumah orang. Kalau sedara mara datang pun tak syok nak cerita pasal rumah sebab itu rumah orang. Nak buat macam-macam pun malas sebab rumah orang.

Selalunya perasaan begini adalah perasaan orang perempuan. Terutama suri rumah yang duduk rumah.

Ada caranya nak rasa rumah orang macam rumah sendiri.

Caranya sewa rumah fully furnished. Mahal sikit daripada rumah kosong tapi kita boleh pilih furnished yang macam mana yang best ikut taste kita. Anggap sahaja bayaran extra adalah sewaan suasana.

Nak rumah ada kitchen cabinet, hood, hob, plaster ceiling, downlight, aircond, perabot kontemporari, semuanya ada kalau dicari betul-betul.

Kadang-kala kita hanya perlu keluar duit extra RM300 sebulan sahaja berbanding kita renovate atau buat sendiri rumah kosong kita.

Untuk maklumat, bila pindah rumah baru, walau bagaimana cantik rumah itu, owner akan menghabiskan duit tidak kurang RM20K untuk mencantikkan lagi. Itu belum banyak perabot baru dan aircond nak dibawa masuk.

Membazir kalau tak mampu. Hendak pula sanggup berhutang personal loan dan kad kredit. Bahaya sungguh. Ini namanya beli rumah terus papa kedana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan