Sabtu, 4 November 2017

PEMBIAYAAN 100% ADALAH HAMPIR MUSTAHIL


Saya sering ditanya berkenaan skim pembiayaan 100% oleh bakal pembeli dan berikut ini adalah jawapan saya:

1. Bank tidak akan mudah untuk membiaya sebanyak 100% untuk pembelian rumah anda kerana:

i. bank tidak gila mengambil risiko 100% untuk keuntungan yang sedikit.

ii. jika anda tiada kepentingan (tiada bahagian wang 10%) dalam pembelian berkenaan, apa jaminan anda akan menjadi peminjam yang bertanggungjawab (yang membayar pinjaman mengikut masa).

iii. melelong rumah bukan lah bisnes hakiki bank, bank tidak berminat untuk mmpunyai banyak kes lelong, maka logiknya bank akan menyaring dengan ketat peminjam yang berkelayakan supaya dapat mengurangkan potensi rumah dilelong.

iv. dalam keadaan ekonomi lembap, bank akan menjadi sangat konservatif di mana bank lebih suka simpan duit daripada beri pinjam.

2. Statistik kasar daripada Pegawai Bank menyatakan kadar kelulusan sangat-sangat rendah. Contohnya, bagi setiap 10 orang yang memohon hanya 3 orang layak dipertimbangkan, dan daripada 3 orang itu tiada yang layak mendapatkan pinjam 100% tetapi mungkin mendapat 95% paling tinggi pun.

3. Segelintir yang layak akan dikenakan faedah (interest) yang agak tinggi daripada biasa bertujuan menyerap risiko.

Pada pandangan saya, Kerajaan perlu menubuhkan dana (Kerajaan pinjam daripada bank dengan bayaran faedah rendah) dan memberi pinjaman kepada pembeli rumah dengan syarat yang lebih longgar berbanding bank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan