Sabtu, 16 Mac 2019

LAWAK HARTANAH



TANYA SOALAN YANG DAH ADA DALAM IKLAN
.
Ini perbualan telefon di antara prospek pembeli rumah dan ejen H.
.
Pembeli: Saya nak tanya rumah tu available lagi?
Ejen H: Rumah mana ya?
Pembeli: Rumah di Putra Perdana tu.
Ejen H: Oh. Ada lagi. Cik dapat no hp saya daripada mana?
Pembeli: Saya tengok dalam mudah (portal Mudah.my).
Ejen H: Ok.
Pembeli: Berapa harganya ya?
Ejen H: RM400,000 Cik.
Pembeli: Berapa bilik ya?
Ejen H: 4 bilik Cik.
Pembeli: Berapa luasnya ya?
Ejen H: Cik boleh tengok iklan tu balik, cuba baca dulu, sebab semua yang Cik tanya ada tulis dalam iklan. Cuba Cik tanya info yang takde dalam iklan tu.
Pembeli: Oh ye ke. Nanti saya check balik.
Ejen H: Baik Cik.
.
Selepas seminggu pun prospek pembeli tadi tidak call semula Ejen H.
.
.
TILES DARI ITALY
.
"Berapa market value rumah saya ini?" tanya tuan rumah kepada penilai yang dibawa oleh ejen.
"Saya kena periksa dengan data di pejabat, saya akan bagitahu kepada ejen nanti", jawab penilai.
"Takkan tak boleh beri anggaran dulu?" gesa tuan rumah. Dia kelihatan tidak boleh bersabar lagi.
"Saya anggarkan dalam RM750K - RM800K. Tapi itu anggaran sahaja", sambung penilai lagi.
"Eh takkan itu je. Tiles dalam rumah ini saya import dari Italy, lampu ini pun mahal saya beli".
"Tak banyak pembeli peduli tiles dari mana puan. Yang penting ada tiles. Lagipun apa yang cantik pada kita belum tentu cantik pada orang lain" sampuk ejen pula.
Mencemik muka tuan rumah.
"Nanti saya dah dapatkan yang saya dah kira, saya akan bagitahu puan", tegas penilai.
Selesai keluar daripada rumah berkenaan, penilai tegur ejen tadi, "Gila kau cakap macam tu pada tuan rumah. Nasib baik dia tak maki tadi. Tapi sebenarnya betullah juga cakap kau tu". 😆
.
.
RUMAH VIEW PASARAYA GIANT
.
"Berapa harga pak cik nak jual untuk tanah dan rumah ini?" tanya pemuda H.
"Pak cik nak jual RM300,000" jawab pak cik tua.
.
Melihat kondisi rumah yang dibina sendiri dengan dinding tidak berplaster dan separa nak runtuh, pemuda H rasa harga itu terlalu mahal.
 .
"Mahal sangat tu pak cik. Banyak nak kena repair rumah ni" kata pemuda H.
"Tapi rumah pak cik ni boleh nampak Pasaraya Giant" balasnya lagi dengan 100% keyakinan.
.
Tercengang pemuda H. Tak tahu nak gelak ke nak marah.
.
"Saya tak kisah lah view Giant ke view Tesco ke. Bank bukan bagi value sebab nampak Giant".
.
.
RAHSIAKAN MARKET VALUE
.
"Saya nak jual rumah saya ini RM500,000", tegas En. Dolah.
"Untuk makluman tuan, setelah saya check dengan bank, penilai mereka beri market value sebanyak RM300,000 sahaja", jelas ejen H.
"Itu bank bagi lantak bank lah. Saya nak RM500,00 itu saya punya hak", En. Dolah mula meninggikan suaranya.
"Betul lah hak tuan letak harga. Tuan nak letak harga RM1 Juta pun boleh. Masalahnya siapa yang nak beli bila mereka tahu tuan jual mahal daripada market value?" tanya ejen H.
"Awak janganlah bagitahu market value kepada pembeli. Dia suka dia beli sahaja".
"Tuan ingat pembeli tu bodoh macam tuan?", balas ejen H dalam hati ala-ala iklan Tudung Siti Khadijah. 😆
.
.
AWAK SUKA BANK ITU, BANK TAK SUKA AWAK
.
"Saya tak nak loan dengan bank lain. Saya nak bank kucing besar je".
.
Ejen pun termenung sekejap. Melihatkan bank statement dan komitmen sedia ada, nampak macam bank anak tikus je yang akan bagi loan pada prospek buyer ni.
.
"Encik. Memanglah encik nak loan dengan bank kucing besar, tapi bank kucing besar tu tak nak encik".
"Apa kata ambik je loan daripada bank anak tikus, asalkan dapat rumah. Lain kali dah stabil sikit encik refinance lah dengan bank kucing besar tu", sambung ejen yang hensem lagi penyabar.
 .
 Ini namanya teknik common sense atau dalam bahasa tingginya otak jangan letak dekat lutut. 😆
.
.
INTEREST RATE PUNYA PASAL SANGGUP TAK BELI RUMAH
.
"Berapa bank sotong kering punya interest rate?" tanya prospek pembeli.
"5.10% encik", jawab ejen selepas menyemak dalam apps di telefon android yang terbaru jenama 'Samsul' yang baru dibeli hasil duit komisen semalam.
"Oh saya tak nak lah. Bank kucing besar bagi 4.80% saja".
"Encik. Bank kucing besar tu susah nak approve loan. Bank sotong kering ni senang sikit. Takpelah, encik apply dua-dua. Katakanlah tak dapat bank kucing besar, encik ambik je bank sotong kering ni" jawab ejen dengan confident.
"Ikut perkiraan menggunakan handphone baru saya yang power ni, setakat 0.30% lebih ni encik cuma kena bayar lebih RM40 je sebulan. Nanti dah beberapa ketika encik boleh cuba refinance dengan bank kucing besar. Yang penting dapatkan dulu rumah ni encik".
 .
 Prospek buyer pun menganggukkan kepala tanda setuju. Dalam hatinya dia kena beli handphone baru jenama 'Samsul' tu, pasti dia akan kelihatan bijak dan kacak seperti ejen tu. 😆
.
.
BAWA PELANCONG
.
"Saya pergi tengok rumah lain tadi". kata prospek pembeli.
"Oh ye ke. Dah berapa buah rumah encik tengok setakat ini?" tanya ejen yang telah menunggu ketibaannya lebih sejam.
"Ada dalam 5 buah lah termasuk yang ini" jawab prospek lagi.
"Oh macam tu kita jumpa setahun lagi lah encik" kata ejen sambil bersiap mengemas.
"Eh kenapa pula?" hairan prospek melihat ejen cepat-cepat nak kunci pintu.
"Oh biasanya bakal pembeli yang dah tengok lebih daripada 3 buah rumah, mereka tak beli mana-mana pun. Sebabnya mereka confuse sendiri. Tahun depan mereka call lagi ejen tanya rumah, mereka tak tahu ejen ada save no hp mereka".
"Ejen siap save nama mereka dengan ditambah Pelancong di belakang nama. Macam nama encik ni Encik Atan, jadi saya save nama encik, Atan Pelancong".
.
Terpinga-pinga pelancong tu mendengarnya. Eh Encik Atan. 😆
.
.
DUIT, MANUSIA & SYAITON
.
"Saya nak awak jualkan rumah saya ni. Tapi saya tak nak sign apa-apa form. Awak jangan risau, komisen awak saya mesti bayar", kata tuan rumah.
.
 Ejen yang dah biasa dengar, senyum dan membalas, "Encik. Bila pasal duit ini bukan sahaja Syaiton, manusia pun tak boleh percaya." 😆
.
.
CARA MELAYU TOLONG MELAYU
.
"Berapa market value rumah saya ni?" tanya Pak Atan kepada ejen.
"Saya dah periksa dengan bank, boleh sampai RM500K" jawab ejen dengan yakin.
"Hmmm. Saya nak jual RM600K bersih. Kalau awak boleh jual lebih, yang lebih awak punya", confident sahaja Pak Atan demand.
.
Ejen dah garu kepala yang tak gatal. Nak cakap apa lagi lah dengan orang tua ini.
 .
"Saya nak utamakan orang kita (Melayu). Saya kesian dengan orang kita takde rumah" tambah Pak Atan dengan nada sedih yang dibuat-buat.
Ejen yang agak bengang pun jawab "Orang kalau kesian nak tolong Melayu jual RM400K lah pak cik, bukan RM100K lagi mahal. Kalau macam ni jangan kesian lah".
"Kalau pak cik dapat genuine buyer Melayu beli RM600K pak cik bagitahu saya, saya bayar pak cik 3%", marah ejen sambil berlalu pergi.
 .
😆
.
.
LAIN ORANG NASIHAT LAIN DIA BUAT
 .
"Bro. Aku nak beli rumah dekat Washington, apa pendapat kau?" tanya S kepada kawannya ejen H.
"Kau nak aku bagi pendapat sebagai kawan ke sebagai ejen?" tanya ejen H kembali.
"Sebagai kawan lah bro", jawab S.
"Ok. Sebagai kawan aku advise jangan beli. Sebagai ejen aku kata beli". Ejen H pun kemudiannya menjelaskan panjang lebar.
"OK bro. Terima kasih" ucap S.
 .
 SELEPAS 3 TAHUN
 .
S call Ejen H katanya, "Bro. Aku beli rumah dekat Washington 3 tahun lepas, tahun ini aku check market value sama dengan masa aku beli.
Ejen H pun kata, "Yang kau beriya tanya pendapat aku lepas tu kau beli juga tu apasal? Tut tut tut tut tut". Censored sebab ejen H mencarut. 😆
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan