Tuan puan owner rasa nak jimat duit bayar ejen? Boleh ikut step by step ini: Kalau rumah ada penyewa sebaiknya terminate sewaan, kerana susah bila ada orang tinggal dalam rumah bila nak bawa pembeli nak tengok. Bersihkan rumah (buang sampah). Cuci lantai dan bilik air. Perabot lusuh yang menyakitkan pandangan perlu dibawa keluar. Kalau dinding comot, catkan dengan cat putih yang baru. Cat putih senang diterima pembeli dan membuatkan ruang rumah jadi besar. Jika rumah anda ada aircond dan pemanas air jangan sangka ia beri nilai (RM) yang tinggi macam unit baru. Ia adalah benda yang 'diabaikan'. Jadi kalau tuan puan rasa ralat, buka sahaja atau kata kepada prospek pembeli, kalau mereka beli tuan puan nak buka dan pindahkan keluar. Lagipun pembeli senang beranggapan mereka beli rumah mahal kerana benda-benda ini. Selepas siap dibersihkan, tuan puan kena ambil gambar. Ambil gambar secara lurus jangan senget. Pastikan pencahayaannya baik ...
Selamat datang ke ruang saya berkongsi pengalaman dalam kejuruteraan, hartanah, pembiayaan LPPSA, takaful dan perancangan harta pusaka Islam. Saya boleh dihubungi melalui 012 - 438 3769 / 017 - 6017 699