Sabtu, 20 April 2019

MACAM MANA OWNER YANG SUKA PEGANG KUNCI KENA MAIN

Ada owner dia nak jual rumah. Tapi dia lantik banyak ejen. Dan dia tak nak bagi kunci kepada ejen.
.
Jadi setiap kali ada buyer nak tengok, dia akan datang dan bukakan rumah. Ejen tak suka sebenarnya kerana beberapa sebab iaitu:
.
1. Takut owner sailang
2. Takut owner menyampuk dan spoil perundingan dengan buyer
3. Takut buyer follow owner masa balik dan buyer ajak sailang ejen
4. Owner selalu tak senang nak buka rumah (samada kerja, balik kampung, bercuti, malas nak bawa waktu malam)
5. Owner datang lambat untuk buka rumah
.
Jadi katakan ada 5 ejen dah dilantik, akan ada yang terlebih bijak akan pakat ajak kawan-kawan dia menyamar jadi buyer. Lepas seorang, dia bawak seorang lain dan seterusnya sampai owner fedup. Last sekali owner bagi kunci pada dia. Dan mungkin sign exclusive.
.
Owner ingat dia bijak. Ejen tu lagi bijak. Siapa pernah kena sebab degil nak pegang kunci? Baik mengaku. 😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan