- Harga pasaran hanya boleh diberi oleh penilai harta (valuer). Selain daripada itu tidak layak memberi harga pasaran.
- Ejen dan banker pun tak boleh bagi harga pasaran. Mereka hanya menyampaikan apa yang penilai bagitahu.
- Kalau panggil 10 valuer pun boleh jadi pelbagai harga pasaran diberi. Itu atas cara menilai mereka masing-masing. Ada konservatif ada yang daring.
- Guna harga yang majoriti penilai bersetuju. Jangan guna minima (rugi penjual) dan jangan guna maksima (ini untuk bantu mark-up loan sahaja).
- Sebaiknya guna bank yang dicadangkan oleh ejen kerana mereka telah buat ground work (banker dan panel valuer).
- Penilai LPPSA selalunya beri nilai lebih rendah daripada penilai panel bank. Lebih konservatif.
- Penilai tiada kena-mengena dengan proses loan. Mereka hanya buat penilaian professional. Bank bagi loan selepas melihat profil kewangan anda.
- Margin maksima bank loan adalah 90% daripada harga pasaran atau harga beli yang mana satu RENDAH.
- Kalau nak mark-up loan bagitahu banker awal sebelum banker buat submission.
- Lepas lulus loan dan sign agreement, penilai akan datang melawat rumah untuk buat penilaian lengkap.
Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1: Tidak bolehkah minta terus dengan valuer? Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...
Ulasan
Catat Ulasan