Sabtu, 13 April 2019

KHAS UNTUK OWNER YANG NAK JIMAT BAYAR EJEN - SCREEN BUYER



  1. Bila prospek buyer call tapi anda sibuk atau mood tak baik, jawab "Maaf. Saya dalam meeting. Nanti saya call balik". 
  2. Bila nak jawab call, mood mesti baik, cakap sopan-santun. Tanya nama buyer tu apa, panggil mereka dengan Cik/Tuan/Encik/Puan. Kalau dia VVIP ada gelaran (kalau diberitahu), maka ucapkanlah. 
  3. Ini soalan wajib. Tanya buyer mana dia dapat no telefon anda. Ini supaya anda tahu medium mana yang berkesan. Tapi kalau anda setakat iklan di Mudah.my, tak payah lah tanya. Faham-faham sudah lah. 😋 
  4. Buyer selalu akan tanya harga boleh nego tak? Anda kena prepare bagi kurang. Orang Malaysia memang terkenal dengan budaya mintak kurang walaupun dah murah gila. Jawab boleh bincang selepas buyer lihat rumah. Nego sekali sahaja dan bukan dalam telefon. 
  5. Sebelum anda bawa buyer datang rumah, anda perlu tanya soalan ini:

  • Adakah buyer tahu lokasi rumah ini?
  • Apa pekerjaannya? 
  • Berapa gajinya? 
  • Berapa komitmen bulanannya? 
  • Buyer bercadang nak biaya melalui bank atau LPPSA atau bayaran tunai? 
  • Tanya dia dah berapa banyak rumah dia dah tengok? Di mana lokasinya? 
  • Apakah tujuan dia nak beli rumah ini?
Jika jawapannya cenderung sesuai dengan rumah anda, maka jemputlah buyer datang tengok rumah. Kalau soalan 5 (a - e), anda susah nak tanya (takut kena marah, takut buyer tak syok) anda belasah je lah bawa buyer datang. Anda kena 5 kali bawa pelancong melancong ke rumah anda baru anda dapat iktibar kenapa kena guna ejen dan bayar 3% fees. 😆

Tiada ulasan:

Catat Ulasan