Sabtu, 18 Januari 2020

SOP SEBELUM TERIMA TANGGUNGJAWAB MENJUAL HARTANAH


Saya tak pernah ambil ringan kes membabitkan jual beli property.

Saya akan check semua benda sebelum saya ambil listing daripada owner.
Pastikan:

1. Yang melantik memang owner sebenar.

2. Sebab owner nak jual.

3. Dah ada geran atau belum. Kalau dah ada saya nak salinan.

4. Jika geran master dan pemaju telah digulungkan, siapa liquidator.

5. Berapa caj yang dikenakan liquidator kepada owner untuk urusan penjualan kepada buyer.

6. Adakah owner kena bayar CKHT (RPGT). Adakah owner boleh dapat waiver.

7. Semua kos yang perlu ditanggung oleh owner (agent fees, legal fees, liquidator fees jika ada).

8. Bolehkah direct transfer kepada buyer jika owner belum buat perfection. Atau kena double transfer.

9. Berapa market value, berapa reasonable price, berapa 'jiran lain' tengah jual. Saya jarang tanya berapa last price, kerana saya sendiri akan advise berdasarkan market feedback.

10. Semua di atas saya ulang setiap kali dapat kes baru.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan