Kalau bajet adalah masalah besar anda nak bina banglo sendiri, anda boleh jimatkan kos dalam pembinaan dengan cara: 1. Guna cement sand bricks untuk keseluruhan rumah. 2. Beli sendiri barang seperti floor dan wall tiles di kedai hardware. Stok lama yang bakinya sangat sedikit selalunya hardware lupuskan dengan harga sangat murah tak masuk akal. Tapi sebelum pergi beli kira dahulu keluasan, jangan nanti tak cukup. 3. Roof tiles (atap) juga sama seperti No. 2. 4. Upah kepala Indonesia, dan anda beli barang (jimat kos pada barang). Pekerja itu kepala Indonesia itu cari. 5. Kalau nak pasang kornis sangatlah murah harganya di kedai hardware. Tapi guna pekerja Indonesia. Nota: No. 4 dan 5 bukan bermaksud menggalakkan penggunaan PATI.
Selamat datang ke Engineer. Consultant. Storyteller. — ruang saya berkongsi pengalaman lebih 20 tahun dalam kejuruteraan, pengurusan projek, perundingan, bisnes dan kehidupan. Blog ini hadir sebagai catatan reflektif, praktikal, dan inspirasi untuk mereka yang mahu memahami bagaimana dunia projek membentuk strategi, kepimpinan dan realiti seharian.