Sabtu, 7 Mac 2020

JADI EJEN JUAL RUMAH MAHAL LEBIH SENANG


Kalau nak senang kerja jadi ejen, jual lah rumah yang harga RM1 Juta ke atas. Bukanlah senang jual maksudnya hari ini dapat listing minggu depan boleh jual.
 
Tapi lebih kepada senang screen buyer. Buyer yang berkemampuan sahaja berani call ejen. Ada jugalah seorang dua scammer dalam ramai yang call tu. Tapi still lebih mudah screen berbanding rumah bawah RM1 Juta.

Yang kedua kerja senang, sebab ejen hanya perlu bawa viewing. Kalau buyer suka dan dalam bajet dia, dia beli. Dia ada banker sendiri (preferred customer kepada bank tertentu) dan dia ada peguam sendiri untuk buat S&P. Kalau 10 orang buyer mungkin 1 sahaja yang nak minta ejen uruskan semua.

Penjual pun begitu juga. Selalunya ada peguam sendiri. Saya paling suka bila penjual dan pembeli pakai peguam masing-masing. Jadi bila ada masalah nanti korang bergaduh lah sama sendiri sebab korang pakai lawyer sendiri. 😆

Gurau sahaja. Sebenarnya ejen tak boleh paksa penjual dan pembeli menggunakan peguam dan bank yang ejen recommend. Kita recommend nak memudahkan perjalanan urusniaga sahaja.

Itulah kesenangan kalau jual rumah mahal-mahal. Takde korang sibuk nak kena explain macam mana urusan jual beli sebab depa biasanya dah selalu jual dan beli rumah sebelum itu.

Jadi ejen jual rumah mahal tak perlu pandai sangat. Ejen rumah murah je nak kena pandai macam-macam terutama ilmu mark-up loan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan