Sabtu, 21 Mac 2020

BINA BANGLO SEJUK


Kalau bina banglo sendiri, dan nak rumah itu sejuk (kurang penggunaan aircond) ada beberapa cara. Cara yang biasa adalah menggunakan clay bricks (bata merah) berbanding cement sand bricks.

Tapi itu tak berapa bermakna sangat.

Kalau ada bajet buat begini:

1. Ceiling height mesti tinggi. Clear dari lantai ke ceiling dalam 3.2 meter.

2. Di bumbung selepas pasang kekuda (roof truss), kena letak rock wool dan aluminum foil sebelum letak roof tile (atap).

3. Pasang kipas ventilator yang menyalurkan keluar udara panas dekat bumbung.

Dalam design kita sama juga macam bisnes ada CAPEX ada OPEX.

CAPEX - Capital Expenditure - Kos Modal Awalan

OPEX - Operational Expenditure - Kos Operasi

Kalau nak OPEX rendah, CAPEX kena tinggi. Kalau CAPEX rendah, OPEX akan tinggi.

Kalau design rumah nak murah, maka bil elektrik bulanan kerana penggunaan aircond akan lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan