Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...
Terima kasih kepada followers di blog ini. Salam perkenalan kepada followers baru. Saya Dr. Hamizi Hamdan : Jurutera awam Pengarah Urusan APS Management Consultant Sdn. Bhd. Pengarah Urusan Group Five Marketing Sdn. Bhd. Perunding hartanah dengan Skyprop Real Estate Perunding pembiayaan LPPSA dengan Grand Premier PLT Perancang harta pusaka Islam dengan as-Salihin Trustee Berhad Certified Trainer dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dan Accredited Trainer dengan HRD Corp "Trainer, Speaker, Motivator" Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Awam) (Kepujian), USM, Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (Kewangan), UPM dan Ijazah Doktor Falsafah (Pengurusan), PBS Minat dalam bidang kejuruteraan, pembinaan, ekonomi, kewangan, hartanah, latihan, pengurusan, perniagaan, keusahawanan, politik Selalu mempunyai pendapat yang berbeza dengan mainstream Salam perkenalan.