Zaman pandemik ini baru nampak kan bahawa property bukanlah asset yang mudah dicairkan. Memang naya kepada yang ada banyak property tapi tiada liquidity.
Don't put you eggs in one basket. Buatlah beberapa portfolio, bukan satu sahaja
Maksud tak mudah dicairkan:
1. Nak jual harga sedap, dah jadi susah
2. Nak pakai duit, nak cepat, tapi urusan makan masa sebab pejabat kerajaan, peguam tutup
3. Kalau biasa 3-6 bulan settle boleh dapat duit, tapi sekarang dah jadi makan tahun
4. Biasa mudah nak sewakan, sekarang penyewa pun keluar nak dapat ganti susah. Nak jual (cut losses), baca balik 1-3 di atas
5. Ada penyewa, tapi dah banyak bulan tertunggak. Penyewa dari syurga pun dah susah nak bayar sewa sebab dah berbulan tak bekerja
Saya bukan nak menakutkan anda. Anda kena bezakan optimistik, pesimistik dan realistik
Orang yang optimistik ini risk taker yang kadang-kala gambler (penjudi nasib) bila ia tak ada ilmu melihat kepada realiti. Kalau terciduk salahkan diri sendiri
Masuklah kelas macam mana pun akhirnya disclaimernya "Segala keputusan adalah tanggungjawab sendiri".
Sepatutnya bila dah tua kita nak rehat bersara tak perlu kerja, tapi anda jadi hamba hutang. Apapun itu memang bahagian masing-masing. Ada orang memang kena langgar dinding berkali-kali baru dia sedar diri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan