Isnin, 23 Ogos 2021

Penjawat Awam Yang Ada Rumah Dibiaya Oleh LPPSA Buatlah Begini



1. Selalu jadi isu rumah itu akan difaraidkan jika berlaku kematian penama (pasangan). Ini ada penyelesaiannya.

2. Minta pasangan buat HIBAH HARTA BERCAGAR. Lihat contoh di bawah.

3. Jika nama dalam geran nama SUAMI sahaja. Loan pun nama SUAMI sahaja. Minta dihibahkan sepenuhnya kepada ISTERI. Dalam kes LPPSA, loan habis dibayar oleh MRTT dan rumah milik isteri.

4. Jika nama dalam geran ada dua nama SUAMI & ISTERI tetapi loan 1 nama sahaja iaitu SUAMI. Minta SUAMI hibah bahagiannya kepada ISTERI. Bila suami mati, kedua-dua bahagian nama isteri.

5. Jika nama dalam geran dan nama loan dua-dua SUAMI & ISTERI. Dua-dua boleh cross hibah. Jika salah seorang mati, maka yang hidup dapat kedua-dua bahagian. Tetapi dia masih perlu bayar pinjaman bahagian asalnya kerana MRTT hanya cover sebahagian pada si mati.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan