Isnin, 23 Ogos 2021

Pentadbiran & Pengagihan Harta Pusaka Islam




Umum tahu kalau orang Islam meninggal dunia, hartanya akan digelar pusaka dan akan diagihkan kepada waris melalui kaedah faraid.

Waris faraid ada beberapa lapisan. Yang terutama bagi setiap orang adalah ibu, bapa, pasangan (suami/isteri) dan anak-anak.

Ia akan jadi lebih kompleks bila si mati tiada anak lelaki (semua anak perempuan), tidak pernah berkahwin dan ibubapa telah meninggal dunia, dan waris-waris itu pula meninggal dunia (kena baca waris berikut).

Ok itu yang umum tahu sedikit sebanyak.

Yang umum tak tahu adalah jika mereka dah uruskan semuanya semasa mereka hidup, ia tak akan jadi masalah pun.

1. Urusan pengkebumian (mati pun pakai duit) kena selesai dahulu

2. Hutang dunia/akhirat kena langsaikan

3. Rumah samada dihibah kepada pasangan atau buat perjanjian asset perolehan bersama. Jadi rumah tak akan termasuk dalam harta nak difaraid

4. Sebahagian asset (tak lebih 1/3) diberi kepada bukan waris faraid (jika ada anak angkat atau keluarga yang masih belum Islam) ataupun gunakan membuat kebajikan yang pahalanya berpanjangan

5. Kalau banyak asset boleh consider buat amanah hayat untuk anak-anak misalnya. Bukan bagi harta sekaligus lepas tu depa enjoy, habis pun sekaligus

6. Takaful hibah boleh assign kepada pemegang amanah untuk tujuan seperti No. 5 di atas

7. Baki harta boleh difaraid. Faraid adalah paling bawah hierarki apabila ada wasiat. Cuma syarat tidak lebih 1/3 harta boleh dibagi kepada sesiapa dan jika wasiat berkehendak pembahagian samarata atau tak ikut faraid, maka ia mesti dapat persetujuan semua waris faraid dahulu sebelum dilaksana

Hamizi Hamdan
IEP, as-Salihin Trustee Bhd
6017 6017 699

Tiada ulasan:

Catat Ulasan