Sabtu, 1 Jun 2013

PERUNDING HARTANAH BUKAN BROKER



Ejen dan perunding hartanah berdaftar wajib mempunyai pejabat dan mempunyai nombor lesen yang bermula dengan VE atau E. Mereka juga dikawal dan diawasi oleh LPPEH dan salah laku mereka boleh diambil tindakan. *Perunding Hartanah mempunyai REN Tag seperti dalam gambar di atas.

Ejen dan perunding hartanah berdaftar hanya dibenarkan mengenakan bayaran perkhidmatan kepada sebela
h pihak sahaja samada kepada penjual sahaja atau pembeli sahaja bergantung kepada siapakah pelanggan utama mereka.

Lain pula keadaannya dengan broker. Mereka tidak perlu punya pejabat dan tidak dikawalselia dan diawasi oleh sesiapa. Mereka biasanya mark-up harga penjual berkali ganda serta mengenakan bayaran kepada dua-dua belah pihak.

Gunakanlah khidmat Perunding Hartanah supaya anda mendapat keadilan dalam urusan jual beli anda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan