Sabtu, 29 Jun 2013

SIAPA YANG BAYAR EJEN

Semasa membeli hartanah melalui ejen hartanah selalu berlaku kekeliruan dalam kalangan pembeli berkenaan yuran professional yang dikenakan oleh ejen hartanah.
Berlaku persoalan seperti:

  • kenapa yuran professional 3% (termasuk GST jadi 3.18%)? 
  • kalau tiada ejen, pembeli jimat 3.18%, sekarang pembeli rugi 
  • kalau tiada ejen, pembeli hanya perlukan bayar deposit minima sahaja kepada penjual misalnya RM1,000 sahaja

Ini adalah rungutan paling glamour yang biasa ejen hartanah dengar. Malah ia disuarakan tepat di batang hidung ejen hartanah. Bagi meredakan kegelisahan semua, berikut adalah penjelasan bagi persoalan di atas:

  • KENAPA YURAN PROFESSIONAL 3%
Sebagai pembeli anda tidak perlu risau pasal berapa mahal atau murahnya yuran professional ejen hartanah kerana bukan anda yang bayar (penjual yang bayar). Yang penting bagi anda adalah berapa harga pasaran, berapa harga anda beli dan adakah berbaloi harga belian anda dengan hartanah yang dibeli.

  • KALAU TIADA EJEN ANDA (PEMBELI) JIMAT?
Yuran professional dibayar oleh penjual untuk memudahkan kerja mereka. Jika tidak guna khidmat ejen hartanah, kenapa dengan segala kesusahan yang mereka perlu tanggung mereka kena bagi diskaun pula kepada pembeli? Bukankah ia patut menjadi 'upah' terhadap penat lelah mereka sendiri?

  • KALAU TIADA EJEN, DEPOSIT (BOOKING) MUNGKIN MINIMA SANGAT
Kenyataan ini betul. Tetapi hak-hak kedua belah pihak tidak terjamin. Mungkin penjual boleh tipu pembeli dan pembeli boleh tipu penjual. Itulah sebab perlu ejen hartanah di tengah kerana hanya mereka yang SERIUS sahaja menjual melalui ejen dan membeli melalui ejen. Terma boleh dirunding (tidak semestinya rigid), tetapi perlu dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

NOTA:

Kelihatannya wang 3.18% (earnest deposit yang dibayar = yuran professional & GST) datang dari poket pembeli, tetapi sebenarnya ia adalah sebahagian daripada 100% wang hasil jualan penjual.

Contohnya jika harga rumah RM100K, earnest depositnya (yuran professional & GST) adalah RM3,180. Ia adalah sebahagian daripada RM100K. Selepas itu, pembeli mungkin dapat pinjaman 90% (RM90K) dan bayar baki tunai RM6,820 semasa sign S&P. 
Di mana yang pembeli bayar lebih?

4 ulasan:

  1. salam en hamizi, nak tanya...saya ada iklankan rumah saya untuk dijual, kemudian ada ejen yg hubungi saya katanya dia dah ada buyer. Jadi saya ke yang kene bayar komisen tu atau buyer yg bayar?

    BalasPadam
  2. ini biasa didengar.

    di malaysia, ejen hanya dibenarkan terima fees daripada sebelah pihak sahaja samada penjual atau pembeli.

    cuma jadi kebiasaan di malaysia, penjual yang bayar.

    dalam kes anda, boleh tanya ejen berkenaan.

    memandangkan anda tak melantik ejen berkenaan anda boleh buat keputusan menolak atau menerimanya.

    BalasPadam
  3. Salam.. boleh kah saya guna 2 agent hartanah untuk jual rumah saya?

    BalasPadam