Sabtu, 21 Jun 2014

BAGUSKAH KONGSI PEGUAM

Bila anda menjual hartanah (contohnya rumah), adakah lebih baik guna satu lawyer (kongsi dengan pembeli) atau guna lawyer berasingan?

Ini soalan biasa ditanya oleh ramai orang terutama penjual.

Perlu diketahui bahawa satu lawyer tidak boleh mewakili dua belah pihak. Itu adalah conflict of interest.

Apa yang sebenarnya berlaku apabila menggunakan satu lawyer adalah: lawyer tersebut mewakili pembeli manakala penj
ual 'tidak diwakili @ mewakili diri sendiri'. Lawyer tadi hanya membantu penjual dalam soal dokumentasi dan submission sahaja.

Adakah bagus begitu?
Bergantung kepada situasi. Jika penjual dan pembeli bukan orang yang banyak ragam, ini bukanlah masalah besar. Tetapi jika salah seorang meragam, lebih baik gunakan dua lawyer untuk memastikan S&P dan urusan lain tidak berat sebelah.

Kenapa ada yang ingin berkongsi lawyer?

Selalunya adalah disebabkan ingin menjimatkan kos guaman. Satu lawyer tidak perlu banyak correspondence. Ada juga kes tertentu, disebabkan penjual pandai dalam urusan jual beli dan pandai membaca dan faham S&P, maka dia tidak perlukan lawyer.

Nota:

Penjual kena faham apabila berkongsi lawyer, 'lawyer makan dari pinggan siapa?'. Jika penjual merasakan kurang pandai dalam urusan jual beli ini dan mengesyaki pembeli akan membuat terma yang pelik yang merugikan penjual, silalah melantik lawyer sendiri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan