Sabtu, 14 Jun 2014

MACAM MANA OWNER GAGAL BILA DIRECT NEGO DENGAN BUYER

Banyak owner terlebih ramah. Kadang-kala walaupun dah melantik Perunding Hartanah, mereka suka juga masuk campur untuk nego. Mulut tak reti diam.
Dan kerana mulut mereka, apa yang berlaku adalah rumahnya samada tidak terjual atau terjual dengan harga murah.
Ada sesetengah owner jenis yang panas baran. Bila dengar buyer mengkritik rumahnya terus dimarahnya buyer dan 'dinaikkan harga' bukan turun harga. Biasalah buyer cakap macam tu nak minta kurang, janganlah melenting, biarkan Perunding Hartanah yang rundingkan.
Ada sesetengah owner lain pula pergi cerita semua masalah yang dia hadapi kepada buyer (masalah kewangan) menunjukkan dia desperate nak jual. Dia ingat buyer kesian, tapi yang terjadi buyer minta lagi murah.
Jika anda adalah owner yang tinggal di rumah berkenaan dan telah melantik Perunding Hartanah, anda perlu berbuat begini:
  1. keluar dari rumah masa buyer datang
  2. kalau tak mahu keluar rumah, jangan ikut Perunding hartanah dan buyer melihat rumah
  3. menyamar jadi penyewa
  4. diam
  5. bila buyer cuba bercakap dengan anda, jawab "encik/puan boleh tanya semua dengan Perunding Hartanah saya
Selalunya Perunding Hartanah akan bawa buyer keluar rumah untuk berbincang atau nego selepas viewing. Tiada negotiation dibuat di depan owner. Itulah yang sebetulnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan