Sabtu, 15 November 2014

CARA ORANG CINA KEKALKAN MARKET VALUE SEMASA GAWAT


Market value hartanah memang boleh jatuh. Cuma jarang berlaku.

Pada ketika ekonomi gawat, banyak bisnes tutup. Banyak rumah kedai sukar mendapat penyewa. 

Pemilik rumah kedai mempunyai dua pilihan samada:

i. menurunkan sewa bulanan di bawah market value
ii. membiarkan sahaja rumah kedainya kosong tanpa penyewa

Namun demikian, pemilik Cina lebih bijak dengan mengekalkan sewa pada market value. Tetapi dengan tambahan tempoh sewa percuma selama sehingga 12 bulan.

Mengapa mereka berbuat demikian?

Mereka berbuat demikian bagi mengekalkan market value rumah kedai mereka di kala gawat. Rekod menunjukkan mereka menyewakan pada market value (sedangkan mereka tidak menerima bayaran).

Ini sangat berguna kerana jika mereka berjaya melepasi zaman gawat, mereka boleh menjual rumah kedai mereka dengan harga yang tinggi atau menyewakan dengan harga yang lebih lagi.

Bijak mereka.

Anda nak jadi bijak? Kenalah berkawan dengan perunding hartanah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan