Sabtu, 22 November 2014

TIPS MEMBELI RUMAH APARTMEN & KONDO

Jika anda berhajat untuk membeli rumah jenis apartment dan kondominium yang telah siap (subsale) sila lakukan aktiviti viewing pada sebelah malam dan pada hujung minggu.
Anda tanya kenapa?

Hari biasa siang hari anda tidak dapat menilai benda yang kritikal seperti:

i. kepadatan penduduk 'sebenar'
ii. komposisi penduduk
iii. kawalan keselamatan
iv. tempat letak kereta
v. ketenteraman

Jika anda pergi viewing pada waktu pejabat hari bekerja anda mungkin sekali tidak mendapat gambaran jelas berkenaan perkara yang dinyatakan di atas kerana penghuninya sedang berada di tempat kerja masing-masing.
Ini seharusnya jadi langkah awal anda membuat saringan pilihan sebelum anda membuat temujanji dengan ejen hartanah yang mempunyai unit di sana.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan