Sabtu, 5 April 2014

DOKUMEN PENTING BAGI NAFSU BANKER PROSES PERMOHONAN PINJAMAN


Banyak dokumen diperlukan oleh banker bagi memulakan proses penilaian dan kelulusan loan bagi pembelian rumah sub-sale.

Tetapi dokumen yang paling penting adalah:

i. Surat tawaran belian daripada agensi hartanah di mana kedua-dua penjual dan pembeli telah siap tandatangani tanda setuju

atau

ii. Perjanjian jual beli yang terkini yang telah ditandatangani kedua-dua penjual dan pembeli.

Jika pembeli ada semua dokumen lain (penyata bank, slip gaji, income tax dsb), ia tetap perlu dilengkapkan dengan salah satu dokumen yang dinyatakan tadi.

Tanpa dokumen berkenaan banker akan rasa mereka buat kerja sia-sia sahaja, di mana mereka fikir pembeli hanya nak cuba suka-suka nak test power.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan