Sabtu, 26 Julai 2014

RUMAH RESORT


Jika anda kaya (banyak duit) dan sukakan percutian maka membeli resort home memang boleh dipertimbangkan.

Sesetengah resort home ini dijanjikan pulangan sewaan yang tinggi (lebih tinggi daripada ASB) dengan perjanjian lease untuk jangkasamasa lebih 3 tahun.

Anda juga mungkin diberi token untuk menginap di sana (tidak semestinya unit anda) beberapa kali setahun secara percuma. Token ini juga anda boleh 'jual' kepada kawan dan keluarga jika tidak digunakan.

Cuma yang tidak berapa best adalah bila anda hendak jual balik di pasaran subsale walaupun anda ingin jual pada market value, hanya sebilangan kecil orang saja yang berminat dan mampu.

Ini kerana, tidak ramai orang kaya yang minat secara spesifik kepada resort berkenaan. Dan jika ada yang berminat, bank pula hanya memberi pinjaman 50% sahaja daripada market value. Pembeli perlu banyak cash.

Terdapat juga resort home yang bila siap sangat bermasalah atau kurang pengunjung (low occupancy rate). Resort home di sini mungkin sekali tidak diberi pinjaman oleh bank. Anda perlukan pembeli cash dan jual di bawah market value.

Risiko membeli resort home memang tinggi. Jadi ia perlukan return yang tinggi.

Sesuai dengan mukadimah saya tadi, jika anda kaya itu semua tidak perlu dirisaukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan