Sabtu, 14 September 2013

SENANG JUAL RUMAH BASIC (TIADA RENOVATION)


Jangan terperanjat jika rumah basic yang tidak diubahsuai (tidak renovate) lebih mudah dijual. Ini kerana rumah basic masih murah berbanding rumah lain di kawasan yang sama namun memberi kebebasan maksima kepada pembeli (tuan yang baru) untuk mengubahsuai mengikut citarasa dan bajet sendiri.

Bagi rumah yang telah diubahsuai pula kesukaran mendapatkan pembeli yang berminat mungkin berlaku jika jenis ubahsuai itu bukan citarasa mainstream (aliran semasa). Masa menunggu menjadi semakin panjang dan jika penjual memerlukan duit segera maka adalah wajar untuk menurunkan harga dengan lebih banyak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan