Sabtu, 12 Oktober 2013

PENTING ADA SALINAN GERAN (TITLE)




Apabila anda ingin menjual rumah anda, Perunding Hartanah memerlukan samada salinan S&P asal (jika tiada geran individu) atau geran individu itu sendiri.

Geran (Title) adalah penting kerana banyak maklumat asas diperlukan ada di dalamnya seperti:

  • pegangan selama-lamanya (freehold) atau pajakan (leasehold) 
  • tarikh tamat pajakan (baki lease) 
  • syarat nyata (guna tanah): pertanian, bangunan etc 
  • sekatan kepentingan: tiada atau ada (perlu state consent) 
  • keluasan tanah 
  • tuan punya 
  • kaveat

Maklumat-maklumat ini berguna untuk membantu Perunding Hartanah yang anda lantik mendapatkan nilai pasaran, memilih pembeli yang sesuai dan menjangkakan tempoh masa transaksi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan