Sabtu, 6 September 2014

PEMAJU DIGULUNG, PROJEK TERBENGKALAI


Pemaju-pemaju yang digulung (winding-up) atau bahasa orang kampung pemaju-pemaju bankrup biasanya tidak menyiapkan projek perumahan mereka.

Apabila digulungkan maka semua urusan kewangan syarikat di bawah pentadbiran Jabatan Insolvensi Malaysia (JIM) sebagai pelikuidasi (liquidator).

Kerja liquidator adalah mencairkan aset syarikat jika ada untuk membayar pemiutang. Pemiutang yang utama adalah bank. Pemiutang yang paling akhir dipertimbangkan adalah pembeli rumah yang sepatutnya menerima denda lewat siap (liquidity ascertain damage - LAD).

STATUS TERBENGKALAI

Apabila syarikat digulungkan maka projek perumahan tadi terbengkalai secara fizikal. Namun ianya boleh diambil-alih oleh pemaju baru melalui pelikuidasi swasta jika Kementerian Perumahan menjatuhkan status TERBENGKALAI.

Para pembeli perlu memanjat pejabat kementerian tersebut dan berkeras untuk mendapatkan status berkenaan kerana mereka tidak suka untuk berbuat demikian kerana ia akan menjejaskan KPI mereka.

Jika status terbengkalai berjaya diperolehi (ada surat), para pembeli boleh mula merisik melalui JIM senarai nama Pelikuidasi Swasta (biasanya syarikat akauntan) yang biasa bekerjasama dengan pemaju penyelamat projek.

Para pembeli sudah boleh memulakan perbincangan dengan pelikuidasi swasta berkenaan untuk menyelamatkan projek berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan