Langkau ke kandungan utama

BUMI BELI UNIT NON BUMI NAK JUAL PADA NON BUMI

'"Saya beli rumah ini non bumi lot daripada pemaju, saya nak jual pada non bumi boleh jual mahal sikit" kata owner bumi tersebut.

Ini memang selalu kami jumpa dalam kalangan penjual property berbangsa Melayu. Mereka mungkin tidak faham apa yang mereka buat atau masa beli dulu kena tipu dengan salesperson pemaju.

Ada juga yang keluar statement berbangga, "masa beli daripada pemaju, saya tak ambil diskaun bumi, jadi ini non bumi lot, boleh jual pada non bumi".

KALAU PERLU STATE CONSENT TENGOK SIAPA TUAN PUNYA (PENJUAL)


Semua hartanah leasehold perlu consent. Sebahagian hartanah freehold perlu consent (kena baca pada geran). Asalkan kena minta consent, kita hanya perlu lihat siapa penjualnya.

  1. penjual bumi --> kena jual kepada bumi mudah dapat consent. kalau jual kepada non bumi peluang untuk dapat consent sangat tipis atau hampir mustahil
  2. penjual non bumi --> jual lah kepada siapa pun, pasti dapat consent
  3. pembeli bumi --> beli lah daripada sesiapa, pasti dapat consent, tetapi bila satu hari nanti nak menjual balik akan jadi perkara (i) di atas

APA MASALAHNYA KALAU BUMI CUBA JUAL JUGA KEPADA NON BUMI

Jika anda seorang bumi dan cuba menjual kepada non bumi serta perlu mendapatkan consent maka perkara berikut boleh terjadi:

  1. S&P anda adalah S&P bersyarat (perlu consent) dan boleh dibatalkan tanpa perlu membayar pampasan atau menerima pampasan daripada mana-mana pihak. kerugian kerana menunggu ditanggung oleh pihak masing-masing
  2. lulus consent dalam cubaan pertama adalah mustahil kecuali ada 'kabel fiber optic'
  3. beberapa kali perlu merayu (dibuat oleh penjual atau melalui peguam penjual), masih belum tentu dapat consent
  4. sepanjang urusan mendapatkan consent, segala deposit disimpan oleh ejen hartanah (3.18%) dan peguam (6.82%). jika setahun tak dapat consent, maka setahun deposit ada pada mereka. anda tak dapat satu sen pun (mereka juga)
  5. ada kes yang diketahui sudah dua tahun merayu, akhirnya satu statement dikeluarkan 'hartanah ini tidak boleh dipindahmilik untuk 2 tahun akan datang'. boleh pitam penjual kalau dia memang nak guna duit (2 tahun menunggu tambah 2 tahun tak boleh jual)

NOTA:

Penjual bumi perlu menerima hakikat purchasing power pembeli bumi tak sekuat non bumi maka mereka tak boleh mengharapkan harga yang luar biasa mahal. Namun jika mereka mengharapkan non bumi untuk membeli mahal, siap sedia lah mental mengahadapi cabarannya.

Ulasan

ARTIKEL POPULAR

MARKET VALUE HARTANAH SUB-SALE

Jadi ejen hartanah memang pening bila mencadangkan jual pada market value, owner jawab 'kalau macam itu baik saya jual sendiri'. Tapi ada lah skill menjawab tu (kena buat kelas 'how to face rejection'). Hari ini saya hendak beri kefahaman berkenaan MARKET VALUE. Secara biasanya, apabila ejen hartanah mendapat butiran rumah yang hendak dijual, mereka akan forward kepada banker dan banker pula akan forward kepada panel valuer mereka. Setelah panel valuer berjaya mengusahakan mendapat market value, mereka akan forward kepada banker dan banker pula forward kepada ejen hartanah. Ada soalan? Ini soalan yang lazim ditanya. FAQ 1:  Tidak bolehkah minta terus dengan valuer?  Boleh, tapi mungkin sekali tak dapat jawapan. Sebab, mereka pun sibuk dan anda 100% mungkin sekali bukan bagi bisnes kepada mereka. FAQ 2: Jika market value yang diberi adalah rendah tidak sesuai dengan jiwa saya, bolehkah dapatkan daripada bank lain? Memang boleh. Asal...

LANTIKAN EXCLUSIVE VS LANTIKAN GENERAL

Apabila anda ingin menjual rumah melalui ejen atau perunding hartanah berdaftar, biasanya mereka akan meminta anda menandatangani satu borang iaitu AUTHORIZATION TO SELL Borang ini ada 2 jenis, iaitu satu EXCLUSIVE dan satu lagi GENERAL. Mesti anda sebagai pemilik atau penjual tertanya, apakah bezanya? OK. Secara ringkasnya AUTHORIZATION TO SELL adalah borang yang menyatakan anda memberi keben aran kepada ejen atau perunding hartanah tersebut secara legalnya untuk menjual rumah anda. EXCLUSIVE bermaksud hanya seorang sahaja ejen atau perunding hartanah yang diberi kuasa tersebut. Manakala GENERAL anda berikan kepada ramai-ramai ejen atau perunding hartanah untuk menjualkan rumah anda. Ramai pemilik atau penjual beranggapan mempunyai ramai ejen yang bekerja untuk rumah mereka adalah bagus. Bermaksud lebih banyak exposure. Tetapi itu bukanlah yang berlaku sebenarnya. Bila anda berikan GENERAL, professional fees akan dibayar kepada mana-mana ejen atau perunding hartanah yang cl...

PENGALAMAN PEMBIAYAAN PERUMAHAN BANK

  Kali ini saya nak share tentang pengalaman saya beli rumah dahulu. Berkenaan pinjaman bank. . Pada 2002 saya beli rumah pertama undercon, interest Maybank adalah 7.45%. Masa tu lah bank pakai BLR + dan bank mula berjinak-jinak dengan Islàmic Financing tapi mahal nak mampus rate. . Dan pada 2009 saya beli rumah kedua subsale, interest saya dapat BLR - 2.1% daripada Public Bank lebih kurang dalam 3.5%. Bila saya tak bayar selama 3 bulan, interest jadi BLR +. Gila. Naik lebih 3%. . Dalam kedua-dua kes MRTA saya adalah full tenure. . Pada 2016 saya beli rumah ketiga undercon, interest daripada RHB dapat BR - . Cuma saya tak ingat berapa minus. Tapi MLTT saya hanya cover sampai 7 tahun sahaja. Maksudñya masuk tahun ke-8 saya kena ingat yang saya takde coverage insurans. Kalau apa-apa jadi rumah tu bayar macam biasa. Tak boleh bayar, lelong. . Ketiga-tiga rumah saya dah jual. . Ada beberapa perkara menjadi pelajaran di sini: . 1. Bila credit score kita bagus, bank bagi rate rendah, tap...